Saturday, June 20, 2009

..::pantun maleh sembahyang::..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?
Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....
Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Sunday, June 14, 2009

Khalifah Allah

Setiap dari kita adalah khalifah di bumi Allah. Kita adalah pemimpin.Pemimpin kepada diri sendiri dan pemimpin kepada orang yang kita pimpin.Sebagai seorang pemimpin yang memimpin kita harus tahu tahap keupayaan diri kita sendiri,dan tahap keupayaan orang yang kita pimpin.Analoginya seorang kanak-kanak yang memimpin orang tua buta melintas jalan, kanak-kanak tersebut berkobar-kobar membantu orang tua kerana mendengar iklan di kaca televisyen yang menggalakkan membantu orang tua dan orang kurang upaya.Tika lampu pejalan kaki berwarna hijau,kanak-kanak tersebut memimpin orang tua buta sambil berkata “Takpe atuk, atuk boleh yakin dengan saya,saya selalu dah bantu orang lintas jalan ni, saya akan membantu atuk”.

Setelah mendapat kepercayaan dari kanak-kanak tersebut, orang tua buta menurut kata-kata kanak-kanak tadi,tanpa melihat kiri dan kanan mereka mula melangkah ke tengah jalan.Pada masa yang sama, sebuah kereta yang amat laju bergerak lalu tidak sempat membrek. Dengan membunyikan hon yang begitu kuat sekali, kereta tersebut meluncur laju ke arah orang tua buta dan kanak-kanak tersebut.Kanak-kanak tadi sempat berpatah balik, dia cuba menjerit memanggil orang tua tersebut,namun kerana terlalu tua orang tersebut tidak berupaya berjalan dengan cepat,orang tua buta itu dilanggar dihadapan kanak-kanak tadi.

Berbalik kepada keadaan tadi,orang tua tersebut merupakan orang yang dipimpin , manakala kanak-kanak tersebut merupakan pemimpin,kereta yang laju itu pula merupakan halangan yang datang tak kira masa. Niatnya sudah bagus untuk memimpin namun oleh kerana tidak berhati-hati maka orang yang dipimpin menjadi mangsa.Dalam situasi ini, mari kita berfikir sejenak, berfikir di luar kotak fikiran, kemudian kembali ke dunia sebenar,sebagai pemimpin adakalanya kurang pengetahuan, kurang pengalaman, dan tidak berfikiran jauh,menjadikan pimpinan kucar-kacir samada dari segi dalaman atau luaran.Mengetahui dan mengakui tahap keupayaan bukanlah sesuatu yang buruk, malah ia adalah sesuatu yang baik,bukankah nabi Muhammad S.A.W merupakan contoh pemimpin yang ideal, kalau kita imbas kembali kisah nabi dan sahabat,banyak yang kita boleh jadikan tauladan untuk diri sendiri.

Hadith yang berasal dari sya’bah dari Sa’id Bin Abu urdah dari ayahnya dari datuknya, ia berkata Rasullulah pernah bersabda yang maksudnya “Diwajibkan bagi setiap muslim untuk bersedekah”. Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, jika ia tidak boleh melakukannya?”

Rasulullah menjawab, “Hendaknya ia bekerja dengan tangannya lalu mengambil manfaat dari hasil kerjanya dan disedekahkan.”

Para sahabat bertanya , “Ya Rasulullah,jika ia tidak boleh melakukannya?”

Rasullulah menjawab, “Hendaknya ia menolong orang yang memerlukan bantuan”.

Sekadar renungan :

Berikan bantuan kepada mereka sesuai dengan kemampuanmu dan janganlah terlalu bakhil untuk menawarkan bantuan kepada orang lain yang tidak meminta, tapi jangan sampai kamu menwarkan bantuan itu dengan menampakkan belas kasihan kepadanya kerana hal itu boleh dianggap sebagi bentuk hinaan atas diri mereka dan boleh menyinggung perasaannya.

La tahzan, Dr Aidh-Al Qarni

Saturday, June 13, 2009

We Will Not Go Down

Lagu untuk memperingati kekejaman Rejim Yahudi menyerang Genting Gaza pada 27 Disember 2008:

Hayatilah…….

We will Not GO down>

A blinding flash of white light

Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight.

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of country afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight.

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In the night, without a fight

We will not go down
GAZA tonight

Friday, June 12, 2009

Thursday, June 11, 2009

Merah Saga



Marilah kita bersama-sama menjadi mujahid sejati dengan membantu umat Islam seluruh dunia.

..::hikmah sujud::..

Hikmah sujud antara lain ialah:

1- Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).

2- Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan :


1- Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.


2- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)


3- Melegakan sakit hernia.

4- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5- Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs )

6- Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)

7- Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.

8- Meringankan bahagian PELVIS.

9- Memberi dorongan untuk mudah tidur .

10- Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.

11- Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).

12- Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.

13- Mengurangkan kegemukkan (obesity).

14- Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah
kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).

15- Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

16- Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.

17- Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan..insyaAllah..

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)

Tazkirah hati dan Amal (dr Dr Hati: Ibnu Jauzi)

1) Pengarang kitab "al-Fawaid", Ibnu Qayyim telah menerangkan mengenai simpang-siur kehidupan dunia. Beliau menjelaskan bahawa setiap perbuatan manusia, biasanya didahului oleh

i] lintasan- lintasan (khawatir) atau gagasan.Faktor inilah yang kemudiannya mengundang munculnya

ii] tasawwur (gambaran).Selepas itu muncul pula

iii]iradah (kemahuan)yang selanjutnya mendorong kehadiraniv]perbuatan (amal).Apabila perbuatan itu terjadi berulang kali, maka ia akan menjadiv]kebiasaan.


2) Oleh kerana itu, Ibnu Qayyim menegaskan,

i] Lawanlah setiap lintasan buruk. Ini ialah kerana jika dibiarkan, ia akan berubah menjadi fikrah (gagasan) yang buruk.

ii] Singkirkanlah fikrah buruk itu, kerana jika dibiarkan, ia akan berubah menjadi iradah atau 'azimah (tekad) yang buruk.

iii] Perangilah tekad yang buruk itu, kerana jika dibiarkan, ia akan berubah menjadi perbuatan buruk.

iv] Dan jika perbuatan buruk itu tidak dilawan, bahkan dilakukan secara berulang-ulang, maka ia akan berubah menjadi kebiasaan buruk.

v] Bila perbuatan buruk itu sudah menjadi kebiasaan, maka kita akan merasa sukar untuk meninggalkannya.


3) Mengucap lafaz "istighfar" dan segera mengingat balasan hari akhirat adalah cara yang dicadangkan untuk menghapuskan lintasan-lintasan buruk yang berada dipemikiran kita.

Beramallah memperbaiki diri, kerana setiap nafas yg kita sedut, semakin dekat kita menemuiNya.

Undang2nya mudah; samada menuju kebaikan atau kejahatan:
Lintasan hati -> fikrah pemikiran -> tekad keinginan -> amal perbuatan -> kebiasaan/perangai/habit

Tidaklah kita hairan melihat manusia yg sudah sebati dengan kebaikan atau kejahatan, sehingga nasihat itu menambahkan keimanannya dan menginsafkannya ataupun nasihat itu tidak mengubah apa2 pun pada kebusukan amalannya.

LIMA BELAS BUKTI KEIMANAN

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini ?" Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?"
Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?" Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk." Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?" Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."
Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab mereka, "Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh." Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi."
Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ? Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati, janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan,, berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."

Akibat Mengutuk AL-QURAN

akibat mengutuk AL-QURAN.....

Mantan Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush, dalam satu ceramah nya untuk menyatakan AL-QURAN membawa manusia ke arah keganasan, keburukan.....

kita lihat bagaimana ALLAH membayar tunai kepada Bush.....

sesungguhnya ALLAH tidak akan lepaskan musuhnya

Menangis Kerana Takutkan ALLAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Sunday, June 7, 2009

Luasnya Neraka

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaanberubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, akudatang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orangyg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasaaman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanselama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitamgelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutusengkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakarpenduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahlineraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan matipenduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawahbumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujungtimur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potonganapi. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannyayang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang ygkafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusibernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar

nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat kuyang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyangkemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "PeringatanBagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatsedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kamiterangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Wednesday, June 3, 2009

BUAT RENUNGAN....

Nasihat Lukman al-Hakim kepada anak-anaknya:

-"Wahai anakku,tiada kekayaan yang lebih bernilai daripada kesihatan dan tiada nikmat yang lebih utama daripada kebaikan jiwa."
-"Wahai anakku,janganlah kamu menjadi lemah daripada seekor ayam jantan yang berkokok pada waktu pagi sedangkan kamu masih berbaring diatas katilmu."
-"Wahai anakku,bersopan santunlah kamu pada masa kecil,ia nanti berfaedah kepadamu pada masa tua."
-"Wahai anakku,apabila tiba waktu solat maka janganlah kamu lewatkan sama sekali.Solatlah dan dapatkan ketenangan daripadanya kerana ia sebahagian daripada agama."
-"Wahai anakku,apabila kamu mencari kawan,maka hendaklah kamu memarahi dia dahulu.Jika dia bersikap tenang kepadamu,maka berkawanlah dengannya.Jika tidak,maka berhati-hatilah."

BUAT RENUNGAN....

*Tunjukkan keikhlasan membawa keredhaan,
*Tunjukkan kejujuran membetul kebenaran,
insyaALLAH diberkati amalan

*Terlalu murung....Membinasakan,
*Terlalu hiba....Mengecewakan,
*Terlalu sunyi....Menghancurkan.
*Tinggalkan jauh perasaan yang disangsikan.
*Kumpulkan rasa cinta,sayang yang mungkin cuma tinggal sehelai dua...
*Belailah perasaan itu dengan kemungkinan disatu hari akan menjadi lebat dengan kasih sayang.

-menegur dengan keimanan,ketaqwaan dan nasehat adalah lebih lembut daripada menegur dengan sindiran yang menyakitkan hati.

KESABARAN ADALAH KUNCI KEPUASAN.

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1. Menangis karena kasih sayang & kelembutan hati.
2. Menangis karena rasa takut.
3. Menangis karena cinta.
4. Menangis karena gembira.
5. Menangis karena menghadapi penderitaan.
6. Menangis karena terlalu sedih.
7. Menangis karena terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis karena mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"...dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung
banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ???

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis karena takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air
mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton film itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan. Jangan menangis kalau
wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan beramal. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu???...
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"?? Seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a "Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :

1. Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan. Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1. Apabila dahi nya berpeluh.
2. Airmatanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air matakeinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Wallahualam...

Monday, June 1, 2009

Lilin Harapan

Ada empat batang lilin yang menyala,sedikit demi sedikit habis meleleh.Suasana begitu sepi
sehingga terdengarlah percakapan mereka.

Yang pertama berkata:
"Aku adalah Damai

Namun manusia tak mampu menjagaku:
Maka lebih baik aku mematikan diriku saja"



Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Yang kedua berkata:
"Aku adalah Iman

Sayang aku tak berguna lagi.
Manusia tak mau mengenalku,
Untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala"


Begitu selesai bicara,tiupan angin memadamkannya.


Dengan sedih giliran lilin ketiga bicara:
"Aku adalah cinta

Tak mampu lagi aku tetap menyala.
Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna.
Mereka saling membenci,bahkan membenci mereka yang mencintainya,
membenci keluarganya".

Tanpa menuggu waktu lama,maka matilah lilin ketiga.

Tanpa terduga...

Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar,dan melihatketiga-tiga lilin telah padam
dan kerana takut akan kegelapan itu,ia berkata:

Eh, apa yang terjadi?Kalian harus tetap menyala.Aku takut akan kegelapan".

Lalu ia menangis tersedu-sedu.Lalu lilin keempat dengan terharunya berkata:

"Jangan takut,
janganlah menangis,
selagi aku masih ada dan menyala,
kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga lilin lainya:
Akulah
HARAPAN"


Dengan mata bersinar,sang anak mengambil lilin harapan,lalu menyalakan kembali
ketiga lilin lainya.

Apa yang tak pernah mati hanyalah HARAPAN yang ada dalam hati kita...
...dan semoga kita dapat menjadi alat ,seperti sang anak tersebut,yang dalam situasi apapun

Solatlah Dulu Kawan...

Mari kita lihat dahulu video yang ana ambil dari you tube ini.

Haa... Kalau camtukan bagus. Jom kita baca pula apa yang perihal orang yang lambat-lambatkan solat ni. Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu solat zuhur dengan asar (solat di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan solatnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu solatnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu solat lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu solatnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan solat mereka sehingga sampai kepada waktu
solat lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua solat tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua'lam. Mungkin ada diantara kita nampak melambat-lambatkan solat itu seperti perkara biasa namun sedarkah kita bahawasanya umat Islam tidak akan berjaya selagi mana kebanyakan muslimnya seperti begitu. Sampai bilakah kita ingin ditindas???

Ni ha!! Musolla Al-Muttaqin yang paling senyap. Shh...

Pelikkan. Kenapa musolla tidak boleh senyap ye. Bukan ke musolla dengan masjid sama adab-adab dia. Jom kita kecek jap pasal masjid...

MASJID adalah salah satu daripada tanda wujudnya umat Islam di suatu tempat di muka bumi ini, kerana masjid adalah tempat pertemuan dan merupakan salah satu tanda perpaduan umat Islam dan tempat mereka mengabadikan diri kepada Allah s.w.t. Dan disitulah juga wujudnya orang-orang yang bertaqwa dan bersaudara. Sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam Surah At-Taubah ayat 18 yang tafsirnya : "Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan orang-orang yang mendapat petunjuk."
Masjid tidaklah dapat disamakan dengan tempat-tempat lain seperti rumah-rumah persendirian, gedung-gedung perniagaan atau pasar, kerana masjid adalah rumah Allah s.w.t. dan menjadi tempat orang Islam melakukan ibadah kepada Allah s.w.t. Di samping itu ia juga menjadi lambang kekuatan agama Islam dan kekukuhan umatnya. Masjid juga adalah tempat kebajikan yang penuh dengan rahmat dan berkat. Memandangkan masjid itu tempat mulia, maka sewajarnya kita memelihara kemuliaannya dengan sebaik-baiknya dengan tidak melakukan sebarang pencemaran atau kekotoran di dalamnya.
Sebagaimana kita dilarang masuk ke masjid dalam keadaan berbau busuk, sama ada daripada bau pakaian ataupun mulut, perkara ini ada dijelaskan di dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, dari Jabar telah berkata : Rasulullah s.a.w. telah melarang dari memakan bawang. Kemudian kami berhajat untuk memakan bawang tersebut lalu kami pun memakannya. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barang siapa yang memakan dari pohon ini, maka janganlah mendekati masjid kami, sesungguhnya pada malaikat akan merasa terganggu (kerana baunya) sebagaimana manusia terganggu daripada bau tersebut."
Oleh yang demikian, kita hendaklah menjaga kebersihan diri sebelum pergi ke masjid, kerana para malaikat akan terganggu sebagaimana kita manusia juga terganggu jika terdapat bau busuk dan kotoran. Setiap umat Islam hendaklah menggunakan rumah Allah s.w.t. kerana dengan berbuat demikian mereka akan mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah s.w.t. Orang yang beriman hendaklah mengagungkan rumah Allah s.w.t. kerana menggunakannya bermakna ia mengagungkan Allah s.w.t.
Jelas kepada kita bahawa orang-orang berkunjung ke masjid itu dengan bertujuan melakukan ibadah adalah merupakan tetamu-tetamu Allah s.w.t. yang sentiasa mendapat rahmat, penghormatan dan kemuliaan Allah lebih-lebih lagi mereka yang melakukan i'tikaf. Kita sebagai umat Islam yang menjdi tetamu Allah s.w.t. yang mahukan kesempurnaan dalam beribadat, maka hendaklah menjaga sopan santun, sentiasa bertatatertib dan memelihara adab-adab ketika berada di masjid, seperti sentiasa berdiam diri iaitu tidak membuat bising, tidak bercakap-cakap, tidak membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan keduniaan, tidak melakukan sesuatu yang tidak baik yang mengotorkan kesucian dan merosakkan kehormatan masjid.
Perkara memelihara sopan santun dan tatatertib ini ditimbulkan adalah sebagai satu langkah bagi mengatasi masalah-masalah yang telah dihadapi oleh masjid-masjid dinegara ini seperti kejadian membuat bising dan berteriak-teriak, bergurau semasa sembahyang, bercakap semasa khutbah, berlari-lari dan berkejar-kejar di dalam masjid dan sebagainya.
Jelas dilarang oleh agama Islam dan tidak sepatutnya dibiarkan berterusan, kerana perbuatan ini boleh mengganggu perasaan khusyuk orang yang mengerjakan sembahyang, membaca Al-Qur'an, berzikir dan sebagainya. Maka bagi menjamin kesempurnaan ibadah para jamaah, ibubapa mempunyai peranan untuk mengawasi tindak-tanduk anak-anak mereka supaya akan dapat menjaga dan memelihara adab-adab kesopanan mereka semasa berada di dalam masjid sebagaimana yang dianjurkan oleh agama Islam.
Akhirnya marilah kita sama-sama memelihara kemuliaan dan kehormatan masjid dari segala gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan keselesaan beribadah. Mudah-mudahan kita mendapat limpahan rahmat dan taufik dari Allah s.w.t. jua. Amin.

Oooo... gitu, jadi budak-budak SMKA Pedas sudah boleh faham belum?? Nak tau doa masuk musolla ke?? Sama je macam masuk masjid. APE LAGI YANG KORANG TAK FAHAM FASAL MUSOLLA??? BISING LA LAGI, SAMPAI KIAMAT KORANG SEMUA BISING!!!