Saturday, November 27, 2010

6 Rahsia pemakanan ilmuwan Islam....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Antara tokoh Islam yang hebat seperti Ibnu Sina, Al khawarizmi, Ibnu al-Nafis, Ibnu Firnas dan banyak lagi yang telah membawa satu revolusi pada dunia. Banyak tokoh barat mengakui kehebatan mereka ini. Pastinya kita tertanya-tanya apakah rahsia kehebatan mereka? Salah satu rahsia mereka mesti lah dari segi pemakanan, selain makanan yang halal dan berkat untuk menjadi orang yang hebat. Makanan yang kita amik perlu lah jugak sihat dan baik untuk minda serta badan.. Jom ikuti beberapa senarai makanan yang dijadikan amalan tokoh ilmuwan islam. :

1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Sumber : Berita Harian Online

Wednesday, November 24, 2010

warta tarbiyyah :D

Warta tarbiyyah sbgai homework cuti end-year

1. *hafaz juzu' 30 ( surah : An-Nas ~ An-Naba' )
2. *tlg emak wat kerja, jgn asyik tdo !!
3. *smpaikn dakwh melalui alatn moden mengikut kemampuan walaupun spotong ayat.
ex: sms, fb o else
4. *qiam skrg2nye 1 kali seminggu
5. *puasa sunat skrg2nye 1 kali sebulan
6. *amalkan penghulu istighfar 1 kali sehari (Allahhumma anta rabbi.... )
7. *jaga pndg, muhasabah diri stiap mlm b4 tdo
8. *hafaz 5 drpd hadis 40 beserta riwayatnye
9. *istiqamah dlm bacaan Al-Mulk
10. *amalan harian: SURAH2 berikut:

* Yusuf (ayat 4)
* As-Syura (ayat 15)
~ Al-An'am (ayat 1-3)
~ Al-Baqarah (ayat 246)
~ Ali-Imran (ayat 181)
~ An-Nisa' (ayat 77)
~ Al-Maidah (ayat 27)
~ Ar-Rad (ayat 16)

11. Hafalkn surah:

* As-Soff
* Al-Jumu'ah
* Al-Mulk
* As-Sajadah
* Al-Waqiah
* Al-Insan

* = wajib
~ = pilihan

p/s: diharapkan sume naqibah/kp/badar f.4, f.3, f.2, f1 muslimat [sesi 2010/2011] dapat melaksanakan warta tarbiyyah ini spnjg cuti sekolah dgn penuh ketabahan dan ksabaran.. :D. diwajibkan warta tarbiyyah ini kpd muslimat kerana taon dpn akn ditasmi'.. harap maklum.

perhatian kpd muslimin yg ingin join /amalkn warta tarbiyyah ini, amat digalakkn dan x diwajibkn..