Sunday, June 14, 2009

Khalifah Allah

Setiap dari kita adalah khalifah di bumi Allah. Kita adalah pemimpin.Pemimpin kepada diri sendiri dan pemimpin kepada orang yang kita pimpin.Sebagai seorang pemimpin yang memimpin kita harus tahu tahap keupayaan diri kita sendiri,dan tahap keupayaan orang yang kita pimpin.Analoginya seorang kanak-kanak yang memimpin orang tua buta melintas jalan, kanak-kanak tersebut berkobar-kobar membantu orang tua kerana mendengar iklan di kaca televisyen yang menggalakkan membantu orang tua dan orang kurang upaya.Tika lampu pejalan kaki berwarna hijau,kanak-kanak tersebut memimpin orang tua buta sambil berkata “Takpe atuk, atuk boleh yakin dengan saya,saya selalu dah bantu orang lintas jalan ni, saya akan membantu atuk”.

Setelah mendapat kepercayaan dari kanak-kanak tersebut, orang tua buta menurut kata-kata kanak-kanak tadi,tanpa melihat kiri dan kanan mereka mula melangkah ke tengah jalan.Pada masa yang sama, sebuah kereta yang amat laju bergerak lalu tidak sempat membrek. Dengan membunyikan hon yang begitu kuat sekali, kereta tersebut meluncur laju ke arah orang tua buta dan kanak-kanak tersebut.Kanak-kanak tadi sempat berpatah balik, dia cuba menjerit memanggil orang tua tersebut,namun kerana terlalu tua orang tersebut tidak berupaya berjalan dengan cepat,orang tua buta itu dilanggar dihadapan kanak-kanak tadi.

Berbalik kepada keadaan tadi,orang tua tersebut merupakan orang yang dipimpin , manakala kanak-kanak tersebut merupakan pemimpin,kereta yang laju itu pula merupakan halangan yang datang tak kira masa. Niatnya sudah bagus untuk memimpin namun oleh kerana tidak berhati-hati maka orang yang dipimpin menjadi mangsa.Dalam situasi ini, mari kita berfikir sejenak, berfikir di luar kotak fikiran, kemudian kembali ke dunia sebenar,sebagai pemimpin adakalanya kurang pengetahuan, kurang pengalaman, dan tidak berfikiran jauh,menjadikan pimpinan kucar-kacir samada dari segi dalaman atau luaran.Mengetahui dan mengakui tahap keupayaan bukanlah sesuatu yang buruk, malah ia adalah sesuatu yang baik,bukankah nabi Muhammad S.A.W merupakan contoh pemimpin yang ideal, kalau kita imbas kembali kisah nabi dan sahabat,banyak yang kita boleh jadikan tauladan untuk diri sendiri.

Hadith yang berasal dari sya’bah dari Sa’id Bin Abu urdah dari ayahnya dari datuknya, ia berkata Rasullulah pernah bersabda yang maksudnya “Diwajibkan bagi setiap muslim untuk bersedekah”. Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, jika ia tidak boleh melakukannya?”

Rasulullah menjawab, “Hendaknya ia bekerja dengan tangannya lalu mengambil manfaat dari hasil kerjanya dan disedekahkan.”

Para sahabat bertanya , “Ya Rasulullah,jika ia tidak boleh melakukannya?”

Rasullulah menjawab, “Hendaknya ia menolong orang yang memerlukan bantuan”.

Sekadar renungan :

Berikan bantuan kepada mereka sesuai dengan kemampuanmu dan janganlah terlalu bakhil untuk menawarkan bantuan kepada orang lain yang tidak meminta, tapi jangan sampai kamu menwarkan bantuan itu dengan menampakkan belas kasihan kepadanya kerana hal itu boleh dianggap sebagi bentuk hinaan atas diri mereka dan boleh menyinggung perasaannya.

La tahzan, Dr Aidh-Al Qarni

No comments:

Post a Comment