Thursday, June 11, 2009

Tazkirah hati dan Amal (dr Dr Hati: Ibnu Jauzi)

1) Pengarang kitab "al-Fawaid", Ibnu Qayyim telah menerangkan mengenai simpang-siur kehidupan dunia. Beliau menjelaskan bahawa setiap perbuatan manusia, biasanya didahului oleh

i] lintasan- lintasan (khawatir) atau gagasan.Faktor inilah yang kemudiannya mengundang munculnya

ii] tasawwur (gambaran).Selepas itu muncul pula

iii]iradah (kemahuan)yang selanjutnya mendorong kehadiraniv]perbuatan (amal).Apabila perbuatan itu terjadi berulang kali, maka ia akan menjadiv]kebiasaan.


2) Oleh kerana itu, Ibnu Qayyim menegaskan,

i] Lawanlah setiap lintasan buruk. Ini ialah kerana jika dibiarkan, ia akan berubah menjadi fikrah (gagasan) yang buruk.

ii] Singkirkanlah fikrah buruk itu, kerana jika dibiarkan, ia akan berubah menjadi iradah atau 'azimah (tekad) yang buruk.

iii] Perangilah tekad yang buruk itu, kerana jika dibiarkan, ia akan berubah menjadi perbuatan buruk.

iv] Dan jika perbuatan buruk itu tidak dilawan, bahkan dilakukan secara berulang-ulang, maka ia akan berubah menjadi kebiasaan buruk.

v] Bila perbuatan buruk itu sudah menjadi kebiasaan, maka kita akan merasa sukar untuk meninggalkannya.


3) Mengucap lafaz "istighfar" dan segera mengingat balasan hari akhirat adalah cara yang dicadangkan untuk menghapuskan lintasan-lintasan buruk yang berada dipemikiran kita.

Beramallah memperbaiki diri, kerana setiap nafas yg kita sedut, semakin dekat kita menemuiNya.

Undang2nya mudah; samada menuju kebaikan atau kejahatan:
Lintasan hati -> fikrah pemikiran -> tekad keinginan -> amal perbuatan -> kebiasaan/perangai/habit

Tidaklah kita hairan melihat manusia yg sudah sebati dengan kebaikan atau kejahatan, sehingga nasihat itu menambahkan keimanannya dan menginsafkannya ataupun nasihat itu tidak mengubah apa2 pun pada kebusukan amalannya.

1 comment: