Saturday, August 28, 2010

Relax Corner!!


dibuat khas oleh Sahabat perjuangan BADAR F5...
diambil dari ruang mesej BADAR F5 di Facebook...





Penjuru ketenangan,
sebenarnya dia kesepian,
diri dilanda resah,
jiwa makin parah,
hati yang suci menjadi debu,
debu bingkisan sutera dosa,
aduhai Allah,
syaitan meninggalkan pesannya kepada si-teman,
"si-teman, kamu hasut dia sampai dia jadi gila,
biar dia gila,
gila dengan dosa,
gila dengan maksiat,
gila dengan dunia."
Si teman membalas kepada syaitan,
"kau pergi saja masuk neraka syaitan,
jiwa manusia itu milik aku,
dia dalam kesepian yang disangka ketenangan,
dia akan kalah dengan aku yang bergelar NAFSU!!
Sepi itu aku tambahkan dengan duri."
Dan,
dia yang kesepian,
tidak kenal Allah,
merasakan,
ketenangan sebenar adalah pelarian,
kau lihat dia berlari,
tanpa arah tuju,
tersungkur jatuh ke dalam lubang Jahim,
lalu,
tika itu,
di tebing lubang itu,
syaitan dan nafsu tersenyum lebar,
menolong si dia keluar dari lubang itu kembali,
tapi hanya untuk sementara,
kerana iri dan dengki,
si dia,
ternampak engkau sedang sujud di penjuru abadi,
seorang diri,
melafazkan cinta kepada yang Hakiki,
dengan langkah benci,
langkah amarah,
si dia menyeret engkau yang tengah sujud,
dengan kekuatan syaitan dan nafsu.
Engkau terpinga,
kerana apa dia menyeret aku,
dia lafazkan,
"Selama ini kau berada di sampingku,
selama ini kau berada disisiku,
selama ini aku di sekitar pemerhatian engkau,
dan kau di sekitar pemerhatian aku,
dan kau kenali aku,
tapi,
KAU TIDAK PERNAH BERDAKWAH KEPADAKU!!
AKU TIDAK TAHU!!
AKU LANGSUNG TIDAK TAHU APA ITU!!
DAN APA INI!!
TENTANG ISLAM!
TENTANG IMAN!
TENTANG ALLAH ITU TUHANKU!
TENTANG MUHAMMAD ITU NABIKU!
dan,
engkau tahu aku tidak tahu,
tahu engkau malu,
dan jijik kepada dosaku,
aku juga perlukan bantuanmu,
tapi engkau lari daripadaku,
sendirian bermunajat dengan Allah,
sedangkan ALLAH mahu kau bantu aku.
KINI AKU MARAH,
AKU BARADA DI DALAM JAHIM,
NERAKA YANG PANAS,
seperti panasnya diriku ini kepada engkau,
maka,
aku seret engkau,
yang dulunya tidak mahu menemani aku di dunia,
tika aku sepi dalam dosa,
menemani aku di neraka,
bersama-sama menanggung azabnya."
Engkau masih terlopong,
sedangkan,
kau diseret dia hingga ke bibir Jahim,
syaitan dan nafsu ketawa bangga,
seorang di hasut dengan dunia,
seorang lagi dihasut dengan Tuhannya,
hingga lupa dan benci akan saudara,
yang melakukan dosa,
yang nampak jijik di depan matanya.
Sedarlah,
"tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri".

2 comments:

  1. salam..
    seharusnye kita mntarbiyah jiwa kita dgn sifat kasih syg kpd sesama umat manusia..ttpi ramai mnusia yg tidak mmpu mlakukn itu...trmasuk ana..rsenye tidak mudah hendak berubah tnpa bantuan saudara kita..sesungguhnye,jika seseorng itu mmbuat dosa maka kita sbg saudara haruslah mmbetulknnye..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam warahmatullah....
    ana stuju sgt dgn pendapat anti..
    "Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri".
    mcm tkena btg hidung sendiri plak..huhh...

    ReplyDelete