Tuesday, December 7, 2010

Wasiat Saidina Umar Al-Khattab

INI ADALAH PETIKAN DARI WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB KEPADA KETUA TENTERANYA IAITU SAAD BIN ABI WAQAS KETIKA BELIAU MENGUTUSKANNYA UNTUK PEMBUKAAN PARSI


Bertaqwa kepada ALLAH SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya bertaqwa kepada ALLAH SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sekuat-kuat tipu daya peperangan.

Menjauhkan iri daripada maksiar kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam.

Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh,, jika bukan kerana hal itu,, nescaya tidak ada bagi orang Islam itu kekuatan.

Maka jika amalan serta tingkah laku kita sama persis pihak musuh dalam melakukan maksiat,
nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan berpihak kepada pihak musuh.



Jika kita tidak mendapat pertolongan
daripada ALLAH SWT ke atas musuh-musuh
ini, sudah pasti kita tidak
akan dapat menandingi kekuatan mereka

1 comment: