Sunday, April 3, 2011

Prinsip Komunikasi Islam

Asas atau prinsip komunikasi Islam telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dalam kehidupan dan menyampaikan risalah. Amalan tersebut perlu dijadikan asas dalam pengurusan petadbiran Islam kerana ia begitu berkesan sekali kepada komunikator dan komunikan. Sekiranya asas-asas tersebut dilaksanakan dengan tepat ia akan mempengaruhi tingkah laku pekerja-pekerja dalam sesuatu organisasi. Keberkesanannya terbukti apabila Rasulalah s.a.w telah berjaya mempengaruhi dan menguasai masyarakat Badwi sungguhpun pada mulanya mereka bersikap kasar, bengis dan biadap. Prinsip-prinsip tersebut antaranya ialah :

i. Bercakap dengan lemah lembut. Ini berdasarkan fir
man Allah s.w.t yang bermaksud : "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui atas dalam kekufuran. Hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut semoga ia beringat atau takut."

ii. Menggunakan perkataan yang baik-baik sebagaimana frman Allah yang bermaksud :" Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu (yang beriman) supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik...".

iii. Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik. Firman Alah : "Serulah ke jalan TuhanMu (wahai Muhammad) dengan kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik".

iv. Menyesuaikan bahasa dan isi percakapan dengan tahap kecerdasan akal dan pandangan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda : " Berbicaralah kepada manusia menurut akal (kecerdasan) mereka masing-masing".


v. Berbahas dengan cara yang lebih baik. Prinsip ini bersandarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud : " ... dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu ) dengan cara yang lebih baik ...."

vi. Menyebut perkara yang penting berulang kali. Prinsip ini bersandarkan kepada amalan Rasulullah s.a.w " Apabila baginda mengucapkan sesuatu kata-kata baginda mengulangi 3 kali sehingga kata-kata difahami".

vii. Mengotakan apa yang dkatakan. Prinsip ini bersandarkan firman Allah s.w.t : " Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kami tidak melakukannya".





-artikel penuh di http://sites.google.com/site/khazalii/9udi3052komunikasidalamislam(bab9)

No comments:

Post a Comment