Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan 1432 H

Assalamualaikum..

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan =)
 Alhamdulillah marilah kita bersama-sama panjatkan kesyukuran keatas Ilahi kerana kita masih dipanjangkan usia merasai nikmat Ramadhan pada kali ini. Kami, warga BADAR SMK Agama Pedas dengan tulus ikhlas, mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pembaca blog ini. Diharapkan segala kekhilafan yang terdapat pada blog ini dapat dimaafkan. Kami akan cuba menyampaikan yang terbaik buat anda semua selaku pembaca. Sedaya upaya menggunakan pendekatan lembut sekiranya ingin menegur dan tidak akan sekali-kali menggunakan perkataan yang boleh menguris perasaan. Jika masih ada juga, kami sekali lagi memohon maaf.


Ingatlah, bulan Ramadhan adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan Ramadhan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan Ramadhan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.
Tanaman, jika tidak dijaga, dibaja dan dipelihara dengan baik.. =P
 Akhir kata, jalanilah ibadah puasa dengan sempurna dan sebaiknya, semoga tahun mendatang kita masih punya nafas untuk merasai kenikmatan bulan suci Ramadhan.

Selamat beramal!!

Jazakallah Khayran. =)

No comments:

Post a Comment