Tuesday, November 22, 2011

‎9 Orang Siti Sebagai Teladan Untuk Si Muslimah...

Terdapat 9 Siti yang wajar menjadi contoh teladan buat Si Muslimah iaitu Siti Khadijah,Siti Fatimah,Siti Aishah,Siti Hajar,Siti Mariam,Siti Asiah,Siti Aminah,Siti Muti’ah dan Siti Zubaidah.

1. Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2. Siti Fatimah
Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3. Siti Aishah
Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4. Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5. Siti Mariam
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6. Siti Asiah
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun laknatullah.

7. Siti Aminah
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8. Siti Muti’ah
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9. Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Wallahua’lam.

Monday, November 21, 2011

Sungguh Menarik dan Tertarik

Petang itu cuaca agak muram. Sang mentari mula melarikan diri. Tiga bulan berkhidmat tanpa henti, mungkin sudah tiba masanya untuk berehat seketika. Biarkan hujan pula merahmati bumi Shamrock ini.
Aku dan Mr. X masih asyik bersembang sambil menikmati kopi panas yang meletup!
"Kita akan tertarik kalau sesuatu itu menarik."
Alamak..Mr. X sudah memulakan bicara falsafahnya.
"Mmm..betul," jawabku ringkas.
"Jadi kalau semua benda ini menarik maka kita akan tertarik," sambung Mr.15.
"Betul," aku masih lagi kurang faham akan maksud sebenar pernyataan ini.
"Maka kalau kita menarik semua orang akan tertarik."
"Cumanya...setiap orang itu berbeza daya tarikannya," responku
"Kenapa perlu mencari perbezaan dalam keadaan kita banyak persamaan. Cuba kalau disusun semula kenyataan kami; setiap orang itu sama daya tarikannya," balas Mr.15.
"Mm...secara teori kita boleh bercakap tentang persamaan, tetapi realitinya...."
"Itulah masalahnya Usop..mari saya ceritakan satu kisah," Mr. X membuka cerita misteri...jeng jeng jeng...
Kampung Y adalah sebuah kampung yang jauh di pedalaman. Kampung ini mempunyai populasi sekitar 500 orang. Uniknya, semuanya tidak berselipar ataupun bersepatu.
Satu hari mereka dikunjungi oleh dua orang pemuda dari bandar. Ahmad dan Abu. Ahmad dan Abu adalah jurujual kasut dari dua syarikat yang berbeza. Mereka datang untuk membuat tinjaun melihat ruang-ruang pemasaran yang ada di kampung ini.
Pulang dari membuat tinjauan, Ahmad dan Abu menyiapkan tugasan yang diberikan.
Laporan Abu :
Kita akan mengalami kerugian yang besar sekiranya kasut kita dipasarkan di kampung ini kerana tidak ada seorang pun yang memakai kasut di sini.
Laporan Ahmad :
Kita bakal mendapat keuntungan yang besar! Tidak ada siapa pun lagi yang pernah memasarkan kasut di sini. Cepat!
"Faham?" Mr. X menutup ceritanya.
"Mm...faham cerita tu..tapi apa kaitannya dengan perbualan kita tadi?" tanyaku sedikit kehairanan.
"Kamu ni...begini...dalam hidup ni, kita akan sentiasa melihat sesuatu itu dari pelbagai aspek; aku ringkaskan; kita lihat daripada 2 aspek yakni positif dan negatif.
Ramai orang pilih untuk melihat dari aspek negatif, hanya segelintir yang melihat secara positif.
Ingat, what u see is what u get!
Orang ke kedai nak beli gula takkan dapat garam! Jadinya, kalau kamu terus menerus melihat perbezaan, kamu akan terus menerus mencari perbezaan. Sampai mati pun kamu akan cakap pasal perbezaan. Yang kita ketandusan sekarang ini adalah manusia yang proaktif yang mencari persamaan!
.....
"Faham?!"
Aku menganggukkan kepala. Berfikir. Sungguh menarik dan tertarik.

Wednesday, November 9, 2011

Monolog Srikandi Umar (siri 2)

Monolog Srikandi Umar (siri 2)

Srikandi Umar terus bermonolog memikirkan masalah ummah..

Subhanallah..
 Dalam meniti hari-hari terakhir aku disekolah ini,,semakin ligat akal dan emosi ku berfikir tentang mereka walau sepatutnya aku bimbang akan SPM yang bakal menjelang tidak kurang 2 minggu lagi,, namun aku kasihkan mereka kerana Allah,,aku perhatikan junior- junior ku yang masih mentah tapi ada yang beranggapan mereka sudah terlebih dewasa, sehingga ada yang membaca novel di kamar mandi tatkala majlis ilmu berlangsung di musolla, mungkin dada mereka sudah sarat dengan ilmu agama...Selalu aku memikirkan mana silapnya tarbiyah islami di ma'had ini. Yang menjadi masalahnya bukan semua yang begitu tetapi segelintir cuma. Namun yang segelintir itulah yang bakal merobek nama baik sekolahku, nama seorang mufti yang tersohor. Ya Allah , tunjukkanlah di mana silap itu agar kami dapat baiki berkat petunjuk dari Mu..

Masalah yang sama berulang, bagiku, selagi ia tidak diselesai mana mungkin isu-isu lain boleh di bereskan. Teringat beberapa bait ayat yang menjadi prinsip sahabat karibku Imtisal, "HABLU MINALLAH HABLU MINANNAS".. Boleh dikatakan saban hari jemaah memulakan solat pasti akan ada golongan yang "menyerikan" solat kami.. malangnya, bukan dengan matlamat islam , tetapi perbuatan melambangkan mereka tewas dengan godaan thaghut laknatullah.

"Ya Allah, maafkan aku ya Allah, mereka ganggu solatku, mereka mengganggu solat kami, mereka menganggu saat-saat indah kami bermikraj dengan-Mu, bagaimana kami mahu tunduk dengan khusyuk kepada-Mu sedang ada antara hamba-Mu yang tewas, lalu bersahabat dengan syaitan. " rintihku di dalam hati.

 Manakan tidak ada di antara pelajar sekolahku yang dengan sengajanya melewat-lewatkan masuk dalam jemaah, menurut kiraanku mereka menunggu tahiyat akhir baru mereka mulakan solat..

"Dhoif sungguh iman kami, ya Allah sungguh kami tergolong dalam golongan yang menzalimi diri, maka ya Allah bantu kami.."

Saban hari masalah yang sama berulang, sikap pelajar sekolah itu semakin hari semakin kritikal, aku menanti alumni yang sudi menginjakkan kaki ke sekolah itu. Aku bimbang andai Allah memberikan bala, tapi alangkah malangnya kami, kerana kedangkalan kami berfikir akan peringatan yang Allah campakkan tanpa sedar.

Rupa-rupanya sahabat ku yang lain turut memikirkan masalah yang sama, dek kekangan masa kami hanya mampu memendamkan segala di benak masing-masing. Jauh di sudut hati mengharapkan agar kepimpinan yang akan datang lebih cakna dan tidak mengulangi kesilapan kepimpinan terdahulu..

"Allahhu Rabbi, Maafkanlah hamba Mu yang lemah, hina, zalim , lagi banyak dosa. ya Allah,, semoga coretan dari hati ini mampu membuka mata semua pelajar , bahkan bekas pelajar yang sayang akan sekolah ini, sayang akan adik-adik di sini ,sayang akan diri mereka, dan yang paling penting sayang akan generasi muda Islam yang bakal membantu menegakkan syiar Islam di sekeliling mereka agar masalah-masalah kecil yang merbahaya kesannya dapat dibendung. Ya Allah, aku rindukan generasi baru yang bakal menggantikan Abu Bakr, Umar, Uthman , Ali.. Mungkinkah pejuang-pejuang Islam yang hebat dan unggul dilahirkan semula?Bantu kami Ya Allahu Rabbi. Tunjukkan kami jalan yang lurus menuju ad-deen al-haq.. wallahua'lam..   

bersambung...

Monolog Srikandi Umar (siri 1)

Monolog Srikandi Umar (siri 1)





Ya ALLAH!!! Hanya padaMu aku merintih....



Hampir dua tahun aku menginjakkkan kaki di bumi tarbiah ini.. atau mungkin sudah bertukar menjadi bumi ‘terbiar’? Namun tarbiahnya hanya akan dirasa kepada sesiapa yang benar-benar ikhlas terhadap ALLAH. Saban hari kaki ini melangkah ke Musolla Al-Muttaqin. Dengan harapan dapat berkhalwat dengan KHALIQ ku dengan tenang dan damai. Aku sentiasa menanti saat indah itu.. kerana….

“ Rapat-rapatkan saf, kerana saf yang lurus itu di antara tanda kesempurnaan solat. ... ”
 Arah bilal yang bertugas. Lantas melaungkan iqamat.
Lalu, imam pula mengambil tempat di mihrab untuk memulakan solat. Tetapi.. ketika Jemaah lain sedang khusyuk menundukkan diri dihadapan ALLAH…

                “Hahhahhahahahahaaahh....”

selambak hilaian tawa memecah kesunyian Musolla Al-Muttaqin..

Terkumit-kamit mulut ku beristighfar apabila mengingatkan perkara yang mengaibkan itu. Sebagai seorang pelajar yang berstatus muslim, dimana mereka meletakkan rasa malu terhadap ALLAH dan para Anbia`. Teringatkan pada tazkirah seorang pemimpin,  antara tanda ALLAH benci pada kita ialah hilangnya sifat malu. Nauzubillah…
                                                                            
Inikah lambang Islam yang aku impikan? Di mana Umar generasi baru? Saat Islam berkembang luas, Al-Asad itulah yang mengaum bagai singa kelaparan. Tapi di sini, bukan Umar Al-Khatab yang ku temui, namun Umar Abu Jahal yan mendominasi.Hinanya kami!!!! Betapa jahilnya pelajar yan mengaku kononnya membawa panji Islam namun tingkah-laku seperti menginjak Islam secara halus. Ku rasakan seperti hidayah yang menghampiri terus menjauhkan dari kami. Seakan-akan ada hijab untuk hidayah itu.

Tipikalnya, semakin dewasa semakin matang fikirannya, semakin tinggi akal budinya. Tapi generasi di hadapan ku ini ibarat cendawan, semakin menginjak dewasa, semakin  keanak-anakkan pemikirannya. Seharusnya fikir dan zikirlah wahai sahabat. Jangankan mahu memikirkan masalah umat, fikir untuk diri sendiri pun mereka tidak mampu. Bagaikan anak kecil yang masih belum mumaiiz.

Wahai adik-adik,

Andai Umar melihat situasi ini. Pasti kecewa bertandang di hatinya. Sayu hatinya. Jangankan Umar, pasti Rasulullah pun begitu.. Dimanakah AR-RIJAL pembela  agama? Bukankah mereka harus bersuara??  Bukkankahالرجال قوامون على النساء  . Rabb!! Aku rindu akan Umar. Andai masih ada orang seperti Umar yang lantang menegakkan yang hak dan menentang yang batil??

Ya Allah tunjukkan lah kami jalan Ya Allah…
 bersambung..