Wednesday, November 9, 2011

Monolog Srikandi Umar (siri 1)

Monolog Srikandi Umar (siri 1)





Ya ALLAH!!! Hanya padaMu aku merintih....



Hampir dua tahun aku menginjakkkan kaki di bumi tarbiah ini.. atau mungkin sudah bertukar menjadi bumi ‘terbiar’? Namun tarbiahnya hanya akan dirasa kepada sesiapa yang benar-benar ikhlas terhadap ALLAH. Saban hari kaki ini melangkah ke Musolla Al-Muttaqin. Dengan harapan dapat berkhalwat dengan KHALIQ ku dengan tenang dan damai. Aku sentiasa menanti saat indah itu.. kerana….

“ Rapat-rapatkan saf, kerana saf yang lurus itu di antara tanda kesempurnaan solat. ... ”
 Arah bilal yang bertugas. Lantas melaungkan iqamat.
Lalu, imam pula mengambil tempat di mihrab untuk memulakan solat. Tetapi.. ketika Jemaah lain sedang khusyuk menundukkan diri dihadapan ALLAH…

                “Hahhahhahahahahaaahh....”

selambak hilaian tawa memecah kesunyian Musolla Al-Muttaqin..

Terkumit-kamit mulut ku beristighfar apabila mengingatkan perkara yang mengaibkan itu. Sebagai seorang pelajar yang berstatus muslim, dimana mereka meletakkan rasa malu terhadap ALLAH dan para Anbia`. Teringatkan pada tazkirah seorang pemimpin,  antara tanda ALLAH benci pada kita ialah hilangnya sifat malu. Nauzubillah…
                                                                            
Inikah lambang Islam yang aku impikan? Di mana Umar generasi baru? Saat Islam berkembang luas, Al-Asad itulah yang mengaum bagai singa kelaparan. Tapi di sini, bukan Umar Al-Khatab yang ku temui, namun Umar Abu Jahal yan mendominasi.Hinanya kami!!!! Betapa jahilnya pelajar yan mengaku kononnya membawa panji Islam namun tingkah-laku seperti menginjak Islam secara halus. Ku rasakan seperti hidayah yang menghampiri terus menjauhkan dari kami. Seakan-akan ada hijab untuk hidayah itu.

Tipikalnya, semakin dewasa semakin matang fikirannya, semakin tinggi akal budinya. Tapi generasi di hadapan ku ini ibarat cendawan, semakin menginjak dewasa, semakin  keanak-anakkan pemikirannya. Seharusnya fikir dan zikirlah wahai sahabat. Jangankan mahu memikirkan masalah umat, fikir untuk diri sendiri pun mereka tidak mampu. Bagaikan anak kecil yang masih belum mumaiiz.

Wahai adik-adik,

Andai Umar melihat situasi ini. Pasti kecewa bertandang di hatinya. Sayu hatinya. Jangankan Umar, pasti Rasulullah pun begitu.. Dimanakah AR-RIJAL pembela  agama? Bukankah mereka harus bersuara??  Bukkankahالرجال قوامون على النساء  . Rabb!! Aku rindu akan Umar. Andai masih ada orang seperti Umar yang lantang menegakkan yang hak dan menentang yang batil??

Ya Allah tunjukkan lah kami jalan Ya Allah…
 bersambung..

No comments:

Post a Comment