Sunday, September 4, 2011

makanan terbaik di sisi islam

cuba tanya diri sendiri..
adakah kita prihatin dan ambil berat terhadap apa yang kita makan seharian ? atau makan hanya ikut selera dan nafsu ?


mari kita tengok bagaimana Rasulullah SAW makan sehinggakan baginda tidak pernah menghidapi sakit perut disebabkan makanan. Nabi Muhammad SAW biasa memakan roti yang diperbuat dari gandum asli . Gandum sempurna ( whole grain wheat ) berbeza dengan tepung gandum yang telah diproses kerana kadar protein , serat dan vitamin E yang tinggi. Kajian sains menunjukkan jika kita makan roti yang diperbuat dari gandum asli, risiko untuk mendapat penyakit jantung adalah rendah. 







TAHUKAH ANDA ?
berikut adalah beberapa amalan Rasulullah SAW dan tips-tips pemakanan :
  • jangan makan SUSU bersama DAGING
  • jangan makan DAGING bersama IKAN
  • jangan makan IKAN bersama SUSU
  • jangan makan AYAM bersama SUSU
  • jangan makan IKAN bersama TELUR
  • jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  • jangan makan SUSU bersama CUKA
  • jangan makan BUAH bersama SUSU contohnya koktel
  • jangan makan buah-buahan setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu kemudian diikuti dengan nasi
  • jangan sesekali abaikan makan malam. Anda pasti cepat dimamah usia dan kolesterol dalam badan akan berganda
  • dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut
INFO : Rasulullah SAW pernah mencegah kita makan ikan bersama daging kerana akan cepat dapat  
            penyakit. Ini kerana dalam daging ayam mengandungi ion positif ( + )  sedangkan dalam daging ikan 
            mengandungi ion negatif ( - ) . Jika dalam makanan kita, ayam bercampur ikan maka akan terjadi 
            reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita






Al-Quran juga mengajar kita menjaga kesihatan seperti amalan berikut :
  1. mandi pagi sebelum subuh. sekurang-kurangnya sebelum matahari terbit . Air sejuk yang meresap ke dalam tubuh badan dapat mengurangi penimbuhan lemak
  2. Rasulullah SAW juga mengajar kita makan dengan menggunakan tangan kanan dan apabila selesai hendaklah menjilat jari. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzyme yang terkandung di celah jari adalah 10 kali ganda lebih daripada dalam air liur. Hal ini baik untuk proses pencernaan makanan bagi badan kita
  3. selepas memberi salam pada solat subuh, ambillah sedikit masa untuk berzikir dan berdoa. Kemudian, disunatkan sujud sekurang-kurangnya satu minit sejurus selepas membaca doa. Ini dapat menghindarkan diri daripada sakit kepala atau migrain. Ini dibuktikan oleh para ilmuan yang membuat kajian mengapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimiter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi dengan darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

justeru, sama-sama kita amalkan sunnah Rasulullah SAW  ^_^





No comments:

Post a Comment