Sunday, January 22, 2012

Wahai Pemuda Islam...Bangkitlah ! !

PEMUDA
Pembela agama
Dirimu dijadikan dengan kelebihan berbanding perempuan
Bukan kekuatan tubuh dan tenaga pembeza kejadian dan
pengukur keimanan
Diciptakanmu bersama amanah yang perlu dijunjung
Membela kuntuman mekar di taman larangan

HAYATI KEJADIAN DIRIMU
Dianugerahkan kekuatan berbanding wanita,
Untuk melindungi
Diberikan akal yang tajam
Untuk membimbing dan mendidik
Dibekalkan agama
Untuk menyuluh jalan keimanan dan kebenaran

ANDAI PEMUDA ALPA
Tiada peribadi unggul pembela agama
Tiada pendekar gagah pembela ummah
Kerana dirimu lemah dan longlai
Dalam dakapan nikmat fatamorgana dunia
Lantaran lahirlah pemuda yang hilang rasa dan peka

WAHAI SYABAB
Peranan besar ini tidak akan terpikul
Andai dirimu lemah digamit keindahan duniawi,
Ingin sekali aku melihat
Pemuda sehebat Sultan Muhammad Al-Fateh
Pewaris delegasi Salahuddin Al-Ayubi
Generasi baru pengganti Umar Abdul Aziz

BANGKITLAH PEMUDA ISLAM
Jadilah seperti pemuda kahfi
Yang kental mempertahankan iman
Contohilah pemuda ukhdud
Yang tidak gentar walau diancam nyawa

Persiapkanlah dirimu saudaraku
Kalian masih punya masa dan ketika
Kerana Allah sentiasa rindukan hamba-Nya untuk kembali kepada-Nya
Dalam menegakkan Islam tercinta


artikel menarik:
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/2814-wahai-pemuda-bangkitlah.html

No comments:

Post a Comment