Monday, June 1, 2009

Ni ha!! Musolla Al-Muttaqin yang paling senyap. Shh...

Pelikkan. Kenapa musolla tidak boleh senyap ye. Bukan ke musolla dengan masjid sama adab-adab dia. Jom kita kecek jap pasal masjid...

MASJID adalah salah satu daripada tanda wujudnya umat Islam di suatu tempat di muka bumi ini, kerana masjid adalah tempat pertemuan dan merupakan salah satu tanda perpaduan umat Islam dan tempat mereka mengabadikan diri kepada Allah s.w.t. Dan disitulah juga wujudnya orang-orang yang bertaqwa dan bersaudara. Sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam Surah At-Taubah ayat 18 yang tafsirnya : "Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan orang-orang yang mendapat petunjuk."
Masjid tidaklah dapat disamakan dengan tempat-tempat lain seperti rumah-rumah persendirian, gedung-gedung perniagaan atau pasar, kerana masjid adalah rumah Allah s.w.t. dan menjadi tempat orang Islam melakukan ibadah kepada Allah s.w.t. Di samping itu ia juga menjadi lambang kekuatan agama Islam dan kekukuhan umatnya. Masjid juga adalah tempat kebajikan yang penuh dengan rahmat dan berkat. Memandangkan masjid itu tempat mulia, maka sewajarnya kita memelihara kemuliaannya dengan sebaik-baiknya dengan tidak melakukan sebarang pencemaran atau kekotoran di dalamnya.
Sebagaimana kita dilarang masuk ke masjid dalam keadaan berbau busuk, sama ada daripada bau pakaian ataupun mulut, perkara ini ada dijelaskan di dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, dari Jabar telah berkata : Rasulullah s.a.w. telah melarang dari memakan bawang. Kemudian kami berhajat untuk memakan bawang tersebut lalu kami pun memakannya. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barang siapa yang memakan dari pohon ini, maka janganlah mendekati masjid kami, sesungguhnya pada malaikat akan merasa terganggu (kerana baunya) sebagaimana manusia terganggu daripada bau tersebut."
Oleh yang demikian, kita hendaklah menjaga kebersihan diri sebelum pergi ke masjid, kerana para malaikat akan terganggu sebagaimana kita manusia juga terganggu jika terdapat bau busuk dan kotoran. Setiap umat Islam hendaklah menggunakan rumah Allah s.w.t. kerana dengan berbuat demikian mereka akan mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah s.w.t. Orang yang beriman hendaklah mengagungkan rumah Allah s.w.t. kerana menggunakannya bermakna ia mengagungkan Allah s.w.t.
Jelas kepada kita bahawa orang-orang berkunjung ke masjid itu dengan bertujuan melakukan ibadah adalah merupakan tetamu-tetamu Allah s.w.t. yang sentiasa mendapat rahmat, penghormatan dan kemuliaan Allah lebih-lebih lagi mereka yang melakukan i'tikaf. Kita sebagai umat Islam yang menjdi tetamu Allah s.w.t. yang mahukan kesempurnaan dalam beribadat, maka hendaklah menjaga sopan santun, sentiasa bertatatertib dan memelihara adab-adab ketika berada di masjid, seperti sentiasa berdiam diri iaitu tidak membuat bising, tidak bercakap-cakap, tidak membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan keduniaan, tidak melakukan sesuatu yang tidak baik yang mengotorkan kesucian dan merosakkan kehormatan masjid.
Perkara memelihara sopan santun dan tatatertib ini ditimbulkan adalah sebagai satu langkah bagi mengatasi masalah-masalah yang telah dihadapi oleh masjid-masjid dinegara ini seperti kejadian membuat bising dan berteriak-teriak, bergurau semasa sembahyang, bercakap semasa khutbah, berlari-lari dan berkejar-kejar di dalam masjid dan sebagainya.
Jelas dilarang oleh agama Islam dan tidak sepatutnya dibiarkan berterusan, kerana perbuatan ini boleh mengganggu perasaan khusyuk orang yang mengerjakan sembahyang, membaca Al-Qur'an, berzikir dan sebagainya. Maka bagi menjamin kesempurnaan ibadah para jamaah, ibubapa mempunyai peranan untuk mengawasi tindak-tanduk anak-anak mereka supaya akan dapat menjaga dan memelihara adab-adab kesopanan mereka semasa berada di dalam masjid sebagaimana yang dianjurkan oleh agama Islam.
Akhirnya marilah kita sama-sama memelihara kemuliaan dan kehormatan masjid dari segala gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan keselesaan beribadah. Mudah-mudahan kita mendapat limpahan rahmat dan taufik dari Allah s.w.t. jua. Amin.

Oooo... gitu, jadi budak-budak SMKA Pedas sudah boleh faham belum?? Nak tau doa masuk musolla ke?? Sama je macam masuk masjid. APE LAGI YANG KORANG TAK FAHAM FASAL MUSOLLA??? BISING LA LAGI, SAMPAI KIAMAT KORANG SEMUA BISING!!!

1 comment:

  1. Sy rasa untuk perihal musolla bising merupakan satu topik sejak batch dahulu kala.. mungkin juga kita boleh membuatkan perbincangan kenapa musolla x penah senyap.. adakah kerana mentaliti pelajar yg tidak menghormati musolla.. atau saje suka2 buat bising


    :: sekadar pandangan sahaja ::

    ReplyDelete