Monday, June 1, 2009

Solatlah Dulu Kawan...

Mari kita lihat dahulu video yang ana ambil dari you tube ini.

Haa... Kalau camtukan bagus. Jom kita baca pula apa yang perihal orang yang lambat-lambatkan solat ni. Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu solat zuhur dengan asar (solat di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan solatnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu solatnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu solat lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu solatnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan solat mereka sehingga sampai kepada waktu
solat lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua solat tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua'lam. Mungkin ada diantara kita nampak melambat-lambatkan solat itu seperti perkara biasa namun sedarkah kita bahawasanya umat Islam tidak akan berjaya selagi mana kebanyakan muslimnya seperti begitu. Sampai bilakah kita ingin ditindas???

1 comment:

  1. pas ni x leh la den lewatkan solat lagi dah...
    dah tau...

    ReplyDelete